Thursday, October 24, 2013

‘Tarik diri atau mati’

NOTA yang dijumpai di atas kereta diletak di luar pagar rumah.

“Saya bergegas keluar untuk memeriksa dan terkejut mendapati api sedang marak di depan rumah. Saya terus mengejutkan rakan lain yang sedang tidur kerana menjadi panik selepas melihat kebakaran itu,” katanya.

Bangi: “Selepas ternampak api yang marak berserta asap tebal di depan pintu rumah, saya jadi panik. Mujur rakan saya bertindak cepat mengambil selimut yang dibasahi air bagi memadam kebakaran,” kata calon ProMahasiswa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Siti Aishah Shaharudin, 21, selepas bahagian depan rumah sewanya di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, di sini dilontar molotov koktel, semalam.
Menurutnya, sebelum kejadian, kira-kira jam 3.30 pagi, dia bersama 19 rakan yang juga calon bagi Pilihan Raya Kampus 2013 UKM sedang berehat di rumah sewanya itu sebelum terdengar bunyi enjin motosikal di luar rumah.
Dia bagaimanapun tidak mengendahkan bunyi itu kerana menyangka ia adalah motosikal pengawal keselamatan yang bertugas meronda setiap malam.

“Tetapi selepas beberapa minit, saya hairan kerana bunyi enjin itu seolah tidak bergerak. Tidak lama kemudian saya terdengar bunyi seperti letupan di pintu utama rumah.






Penyokong pengsan beli tiket

KUCHING: Sekurangnya lapan orang pengsan apabila keadaan di kaunter jualan tiket di Stadium Negeri, Petra Jaya, di sini bertambah kecoh berikutan orang ramai yang berasak-asak untuk mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Pahang malam esok.
Dianggarkan 15,000 penyokong Sarawak membanjiri perkarangan stadium seawal jam 6 pagi untuk membeli tiket. 
Sebanyak tiga kaunter tiket dibuka menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang. 

Difahamkan timbul ketidakpuasan hati di kalangan orang ramai apabila mereka dikehendaki menunjukkan kad pengenalan dalam usaha Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menghadkan lima tiket kepada seorang pembeli.



PENYOKONG Sarawak bersama menolong seorang penyokong yang pengsan ketika berasak-asak membeli tiket. FOTO Azahan Rosli

FAS menjual 10,000 tiket untuk hari ini.

Gaun Yang Diperbuat Dari Buku Kisah Dongeng




Dalam sebuah acara yang dipanggil "Re-create" yang ditaja khas oleh Oakland's Public Works Department yang disempurnakan di Muzium Seni Kanak-Kanak, sebuah gaun unik dan cantik karya Ryan Jude Novelline yang diperbuat daripada koleksi buku cerita dongeng kanak-kanak telah dipamerkan. Gaun ini dinamakan "Golden Book Gown" dan diperbuat daripada buku cerita dongeng terbitan tahun 1940-an yang dahulunya berharga 25 sen setiap satu.

Ryan Jude yang mengikuti pameran tersebut terpaksa mencari bahan yang sesuai untuk membuat gaun berkenaan kerana bahan yang terdiri daripada kain tidak dibenarkan. Pada mulanya, Ryan bercadang untuk menggunakan bahan dari kertas boneka, namun ibunya menyarankan agar dia menggunakan bahan dari buku cerita klasik, Little Golden Books. Maka, bermula lah pembuatan gaun yang dianggap sebagai satu fenomena ini.

Bagi mendapatkan bahan seperti buku cerita dongeng klasik tersebut, Ryan terpaksa membeli buku antik cerita dongeng tersebut di kedai-kedai buku dalam jumlah yang banyak. Dia menjahit empat halaman pertama bagi menguji ketahanan kertasnya apabila dijahit. Gaun itu hasilnya menjadi cukup berat dan besar.
Golden Book Gown merupakan salah satu hasil karya Novelline yang paling cantik dan menjadi batu tanda baginya. Gaun ini termasuk dalam kategori gaun yang diperbuat tanpa menggunakan bahan asal yang selalu digunakan, namun memiliki bentuk yang cantik dan tidak kelihatan aneh seperti gaun-gaun unik yang lain.






Gaun Pengantin Yang Diperbuat Sepenuhnya Dari Rambut Manusia

Thelma Madine, yang kini mencipta nama dalam rancangan televisyen bersiri, My Big Fat Gipsy Wedding telah mencipta pakaian pengantin unik ini dengan kerjasama pendandan rambut Voodou, Ryan Edwards.


Pasukannya terdiri daripada pembuat pakaian pengantin, Nico dan salon pendandan rambut, Voodou dari Liverpool bagi mewujudkan pakaian unik ini.


Ia terdiri daripada gumpalan rambut sepanjang 250 meter dan puluhan ribu rambut individu yang berlainan, 1,500 kristal dan 12 skirt bawahan. Gaun ini mengambil masa 300 jam dengan tenaga kerja seramai 8 orang untuk menyiapkannya. Setelah siap, ia mempunyai berat sebanyak 33 paun.





Saturday, October 5, 2013


Petua Bibir Lebih Merah







Inginkan bibir kelihatan cantik kemerahan secara semulajadi?
Cubalah petua di bawah:

- Sapukan isi buah tomato pada bibir setiap hari. Boleh lakukan beberapa kali sehari, tidak kira pagi petang atau malam. Bibir anda akan kelihatan segar kemerahan bak tomato.

- Tumbuksedikit kunyit hidup dan campurkan dengan sesudu pati santan. Sapukan pada bibir. Amalkan 3 kali seminggu.

Selamat mencuba.. :-)









::Check It Out!::