Monday, November 18, 2013

Beza Ibu Bapa Dahulu Dan Sekarang

• Dahulu : kena rotan dengan guru, balik rumah ayah tambah lagi dua kali ganda.
• Sekarang : kena rotan dengan guru, ibu bapa serang cikgu, buat laporan di PPD
• Dahulu : kerja rumah tak siap, ibu bapa bersila tunggu sampai siap.
• Sekarang : kerja rumah tak siap, ibu bapa sibuk tengok AF.
• Dahulu : pergi sekolah jalan kaki, sekolah jauh dari rumah.
• Sekarang : pergi sekolah dihantar naik kereta / bas sekolah
• Dahulu : pergi sekolah tak perlu telefon bimbit.
• Sekarang : video dalam telefon bimbit pun mengalahkan orang dah kahwin.
• Dahulu : belanja sekolah paling tinggi cuma 50 sen. Masih boleh beli sebatang pensel
• Sekarang : ada yang belanja sampai RM5.00. Tapi tak boleh beli pensel sebatang pun.
• Dahulu : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid datang sekolah terketar-ketar.
• Sekarang : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid tak kisah pun sebab cikgu tak berani nak denda, parent boleh backup
• Dahulu : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
• Sekarang : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar nak kena paksa.

Thursday, October 24, 2013

‘Tarik diri atau mati’

NOTA yang dijumpai di atas kereta diletak di luar pagar rumah.

“Saya bergegas keluar untuk memeriksa dan terkejut mendapati api sedang marak di depan rumah. Saya terus mengejutkan rakan lain yang sedang tidur kerana menjadi panik selepas melihat kebakaran itu,” katanya.

Bangi: “Selepas ternampak api yang marak berserta asap tebal di depan pintu rumah, saya jadi panik. Mujur rakan saya bertindak cepat mengambil selimut yang dibasahi air bagi memadam kebakaran,” kata calon ProMahasiswa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Siti Aishah Shaharudin, 21, selepas bahagian depan rumah sewanya di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, di sini dilontar molotov koktel, semalam.
Menurutnya, sebelum kejadian, kira-kira jam 3.30 pagi, dia bersama 19 rakan yang juga calon bagi Pilihan Raya Kampus 2013 UKM sedang berehat di rumah sewanya itu sebelum terdengar bunyi enjin motosikal di luar rumah.
Dia bagaimanapun tidak mengendahkan bunyi itu kerana menyangka ia adalah motosikal pengawal keselamatan yang bertugas meronda setiap malam.

“Tetapi selepas beberapa minit, saya hairan kerana bunyi enjin itu seolah tidak bergerak. Tidak lama kemudian saya terdengar bunyi seperti letupan di pintu utama rumah.






Penyokong pengsan beli tiket

KUCHING: Sekurangnya lapan orang pengsan apabila keadaan di kaunter jualan tiket di Stadium Negeri, Petra Jaya, di sini bertambah kecoh berikutan orang ramai yang berasak-asak untuk mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Pahang malam esok.
Dianggarkan 15,000 penyokong Sarawak membanjiri perkarangan stadium seawal jam 6 pagi untuk membeli tiket. 
Sebanyak tiga kaunter tiket dibuka menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang. 

Difahamkan timbul ketidakpuasan hati di kalangan orang ramai apabila mereka dikehendaki menunjukkan kad pengenalan dalam usaha Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menghadkan lima tiket kepada seorang pembeli.



PENYOKONG Sarawak bersama menolong seorang penyokong yang pengsan ketika berasak-asak membeli tiket. FOTO Azahan Rosli

FAS menjual 10,000 tiket untuk hari ini.

::Check It Out!::